Suka berkongsi bercerita

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 18, 2011

ISTERI DERHAKA

Salam...

Info ini adalah share dari ustaz amin

Saya terpanggil untuk menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan rumah tangga ini adalah kerana saya berfikir, dengan agama Islam (agama yang syumul/sempurna dalam melengkapi dlm segala bidang) dan menurut perintah Nya sahaja yang akan membuat diri kita tenang dan bahagia..jom cekidaut..

Apabila sebut mengenai isteri derhaka, tidak semua sebab terjadi demikian dari isteri. Tetapi ramai yang terus menyalahkan isteri dengan kesalahan 100% peratus diletakkan padanya.

10 Sebab isteri derhaka:-

1. Tidak berusaha untuk  iman. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa hatta ada isteri para Nabi juga ada yang tidak berusaha ke arah iman dan akhirnya menjadi derhaka bukan sahaja pada suaminya, bahkan pada Allah.

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat [1488] kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)". [1488] Maksudnya: nabi-nabi sekalipun tidak dapat membela isteri-isterinya atas azab Allah apabila mereka menentang agama (Surah at-Tahrim ayat 10)

2. Jahil.
Ada isteri yang derhaka kerana tidak tahu sifat dan sikapnya itu adalah menderhaka pada suaminya.

3. Keras Hati
Ada jenis yang memang keras hati dan tidak mahu mentaati suami dan perintah Allah.

4.Takabbur
Kebanyakkan perkara keempat ini berlaku jika isteri lebih berkedudukan dari suami. Dia mudah memandang rendah suaminya.

5.  Tiada Sifat Qanaah, akhirnya wujud membanding

6. Kurang tarbiah. Tidak semestinya orang kelulusan agama, dia mampu nak amalkan. Untuk 
mengamalkan sesuatu perlukan tarbiah.

7. Wujud penasihat-penasihat yang jahat.

8. Suami yang jahil
Ada isteri yang derhaka kerana suami yang jahil, bukan sahaja  tidak dapat mendidik isteri malahan menggalakkan isteri berbuat maksiat.

9.Suami yang dayyus
Ada suami yang terlalu takut pada isteri hingga isteri berbuat maksiat takut untuk ditegurnya.

10. Suami yang zalim
kadang kala, suami yang menzalimi isteri menjadikan isteri melawan kembali suami.

No comments:

Post a Comment