Suka berkongsi bercerita

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 9, 2011

Muhasabah diri yang lemah

Salam...

Selamat pagi sabtu!! dah bangun ke belom? Bangun awal pagi terasa sangat segar kan.. terutama nya selepas sembahyang subuh tu, xyah la tido lagi..baik keluar, hirup udara segar kurniaan Allah SWT..lepas tu sembahyang Dhuha..untuk murah rezeki..Dhuha adalah sembahyang sunat yang sangat besar fadhilat nya..sesama la kita merajinkan diri dan membiasakan diri untuk melakukan nya selepas semua solat 5 waktu kita terjaga dengan baik...

OK, bagi sesiapa yang xbekerja di hari sabtu, digalakkan pergi berjogging..sangat bagus untuk kesihatan diri dan kecergasan badan dan minda..bila oksigen sampai ke minda/otak kita, maka, keadaan kita sangat cergas dalam apa jua perkara insyaAllah..dan 1 satu tips, pepagi ni bagus juga membaca al-Quran..Contoh nya Surah Al-Waqi'ah..supaya murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..amin...


Doa Solat Dhuha

" Ya Allah, sekiranya ada rezekiku di langit..turunkanlah, sekiranya ada di bumi..keluarkanlah, sekiranya jauh dariku..dekatkanlah DAN sekiranya dekat..permudahkanlah" - Doa Solat Dhuha 


Baca al Ma'surat po di galakkan di awal2 pagi ni.. teringat dulu masa saya sekolah di MRSM Jeli..setiap pagi hujung minggu terutama nya, sekolah saya mewajibkan supaya solat secara berjemaah, membaca al Quran, ma'surat..terasa kehidupan yang tenang dan berdisiplin di sana..Ajaran agama yang di praktikkan dalam kehidupan harian menjadikan diri lebih bermakna dan kebahagian abadi... :) semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada diri ku supaya menjauhi perkara mungkar. semoga diri ini menambah ilmu dan beramal dengan ilmu itu.. Ya Allah, ampunlah dosa-dosa ku..Hamba ini hamba yang lemah yang banyak dosa dan salah, ku xlayak untuk syurga Mu namun ku xsanggup ke neraka Mu ya Allah..

InsyaAllah akan ke sini suatu hari nanti..amin



No comments:

Post a Comment