Salam..resepi lengkap ni saya berjaya google dan terasa sgt sedap nya dengan resepi ni walaupun belum cuba. nnt nak try buat.
NASI KERABU
1 kg. beras siam- dibersihkan dan ditoskan
2 camcateh serbuk kunyit
3 camcateh garam halus
2 batang serai – dibelah 2 jangan putus
3 helai daun limau purut
3 helai daun pandan
Air secukupnya untuk memasak nasi
Masak beras bersama air, serbuk kunyit, garam dan serai hingga kering.
Masukkan daun pandan dan daun limau purut. Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa.
Tumis:
½ kg santan )
¼ cawan air ) disebatikan
1 keping asam keping
2 batang serai- dibelah 2 jangan putus
20 tangkai cili kering ) di kisar bersama sedikit air
15 ulas bawang merah ) ditumbuk kasar
8 ulas bawang putih )
¼ keping manisan
3 camcateh garam halus
1. Masak santan bersama asam keping hingga terbit minyak muda.
(gunakan api perlahan, jangan dikacau)
2. Masukkan cili kisar, bawang tumbuk, serai, manisan dan garam, masak lagi selama
10 – 15 minit.
Sambal:
½ biji kelapa parut putih – disangai hingga garing menggunakan api perlahan.
4 ekor ikan kembung bakar – diambil isi
3 batang serai ) dimayang halus
1 inci halia merah )
10 ulas bawang merah
2 camcasedang serbuk lada hitam
¼ keping manisan
2 camcateh gula
3 camcateh garam halus
Tumbuk serai dan halia hingga hancur, masukkan bawang merah, garam dan manisan,tumbuk lagi hingga manisan hancur, masukkan gula dan serbuk lada hitam.
Gaulkan bahan tumbuk bersama kelapa dan ikan bakar hingga sebati, masukkan
kedalam pengisar dan kisar selama 3 saat.
Ulam:
1 ikat daun serai kayu/daun salam
4 kelopak kobis
2 ikat daun kesom- di bersihkan, direndam air garam selama 2 minit, dipetik ambil daunnya sahaja, digulung kedalam kelopak kobis bersama daun serai kayu dan dihiris nipis
4 biji timun batang- di potong memanjang
2 mangkuk taugeh segar – dibuang ekor
20 batang kacang panjang – dipotong nipis
Budu:
½ mangkuk kecil budu )
15 biji cili padi- dipotong nipis ) disebatikan
1 biji limau nipis –diperah ambil airnya )
Solok lada:
15 biji cili merah atau hijau- dibelah 2 jangan putus, keluarkan bijinya
½ biji kelapa parut putih
2 ekor ikan kembong-diambil isinya, dicincang halus
6 ulas bawang merah
1 hiris nipis halia
1 camcateh serbuk lada hitam
¼ camcateh serbuk lada sulah
2 camcasedang gula
2 camcateh garam halus
1 biji telur
1 biji limau nipis – diperah airnya keatas isi ikan
1 cawan santan cair
Tumbuk halia, garam dan bawang merah hingga hancur, masukkan gula, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan kelapa. Gaul sebatikan bersama isi ikan dan telur
Isikan adunan kedalam cili sambil ditekan hingga padat. Susunkan kedalam periuk, masukkan santan cair, rebus selama 10 minit.
Ayam goreng berempah:
1 ekor ayam-di potong 14, bersih dan toskan, gaulkan dengan 2 camca sedang garam
2 batang serai- dihiris nipis )
2 inci halia – dihiris nipis ) dikisar
1 inci kunyit hidup )
3 ulas bawang putih )
2 camcasedang rempah kari ayam
3 camcasedang tepung jagung
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam
Gaul sebatikan bahan-bahan kisar dengan serbuk kari, lumurkan pada ayam hingga rata. Perap selama 2 jam.
Panaskan minyak, gaulkan ayam dengan tepung jagung hingga sebati
Goreng ayam hingga kekuningan. Toskan.