Suka berkongsi bercerita

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 19, 2012

Akhlak suami isteri ketika kehamilan


Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

Sebagai suami , kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab.

Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:
 
Sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
Jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam Keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
Mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
Jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
Hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
Bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
Cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
Berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat.
Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
 
Menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
Menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji
Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
Jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
Hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
Apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
Berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
Jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
Jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
Jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
Jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

No comments:

Post a Comment