Suka berkongsi bercerita

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 30, 2012

Hari Isnin dan 31 Dec 2012

Salam..

Selamat pagi.. Pagi ni saya macam biasa. Datang awal ke office. Minggu ni suami saya datang sini, KL. Tapi semalam da balik Kuantan. Pagi ni rase sepi dan sedih je sbb berjauhan dengan suami, mak dan family. Tapi saya kena selalu fikir positif. Saya ada baby dalam perut ni. Baby mesti happy dan baby mesti tau yang mummy and dady love you so much darling. So saya pon kena kuatkan semangat. Jangan pikir saya duk sorang je kat sini padahal baby ade bersama. Baby kekuatan mummy. Semoga baby jadi anak yang soleh/solehah. Sihat dan baik rupa paras. Hati baby mesti tenang dan mummy n daddy buat yang terbaik buat baby. Mummy xnak pk negatif lagi. Cuba nak hepi dan menjadi hamba yang lebih dekat kepada NYA.

19 Weeks . Makan NAsi Lemak @ Village PArk Damansara ber Sama Daddy..

Sunday, December 23, 2012

Canopy walk at Ranau Sabah

Salam 18 weeks...

Climbing bout 550m for this canopy walk n posing with this action when i'm 15wks.

Thursday, December 13, 2012

Mimpi mainan tidur

Salam...

Salam hari Jumaat yang indah..

Saya rindu suami saya sampai termasuk dalam mimpi lately..huhu..

Ya Allah.. permudahkanlah urusan kami...panjangkan lah jodoh kami. teguhkanlah hati kami dalam mendirikan syariat drpd mu. Semoga suami ku mendapat kerja baru yang dekat dengan ku dan ank yang bakal ku lahirkan. sesungguhnya kepada Mu aku meminta dan bersujud. amiinn ya rabbalalamin..

Tuesday, December 11, 2012

Doa ku

Salam...

Hampir 4 bulan kami berkahwin tapi masih lagi berjauhan dan masing-masing menjalani kehidupan orang bujang.. Cabaran buat diri ku di tambah lagi diri ku sedang hamil.. Berjauhan dengan suami menyebabkan diri ku merindui suami setiap ketika..Kedudukan seorang isteri adalah di sisi suami tapi apakan daya disebabkan kami bekerja berjauhan, kami terpaksa berjauhan buat sementara ini...xbest nya :(
 Aku teringin hidup bersama suami dan menyediakan kelengkapan suami ku di rumah kami.

Ya Allah, ku panjat doa kepada mu semoga kami dapat menjalani kehidupan bersama SEBAGAI SUAMI ISTERI ke arah jalan yang lurus yang di redhai oleh Mu. Menjalani dan menurut perintah Mu ke alam munakahat yang bahagia. Doaku semoga hidup kami bahagia dan dapat bersama secepat mungkin. Murahkanlah rezeki suami ku untuk mendapatkan kerja di Kuala Lumpur ini atau diri ku di Kuantan. Semoga anak kami sihat walafiat dan menjadi aset kepada kami di dunia akhirat. Ya Allah tabahkan lah hati ku ini... Jauhi ku dari sihat mazmumah. Semoga anakku mendengar dan merasai kasih sayang kami dan doa kami kepada nya dan juga mencontohi sikap kami yang baik dan menjauhi sikap yang tidak baik...amin ya rRabballalamin..

with hubby in Sabah

Thursday, December 6, 2012

My Baby : 4 Bulan

Salam...

Assalamualaikum baby ku.. Ape khabar baby dalam perot mummy.. Harap baby sihat dan sentiasa membesar dengan sihat. Daddy and mummy doakan yang terbaik untuk baby. baby anugerah yang terindah buat kami and we love you so much. baby sentiasa buat mummy jadi bersemangat dan muhasabah diri. Mummy bermimpi-mimpi nak jumpa baby..Love you sayang..mmmuuaaahhh...Alhamdulillah hari ni baby da 4 bulan dalam perut mummy. 5 months to go sayang..

Almost 4 months in Kundasang Sabah
Will pray for you always sayang

Salam Jumaat.. hari ni saya makan durian. Rezeki hari jumaat , subcon bagi berbakul2..Alhamdulillah. Tapi tape ke makan durian ni? 5-6 ulas gak. Pastu terasa panas 1 badan. Mummy xtau la cane baby dlm perot mummy ni. Hope you xde pape sayang..hihi :)