Suka berkongsi bercerita

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 6, 2009

Lawak Bengom!

_ Pulangkan... (Lagu Dinyanyikan Oleh Pegawai PTPTN & Misha Omar)_

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku- (Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku- (Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex- Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua


_ Mat Punk_

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil
menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk
di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut
yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan
hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu... pemuda punk itu
bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu
waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja
pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi
sekarang
ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."


_ Ayam Panggang_

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya
sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain
menghampirinya dan berkata..
"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang
ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana
terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya
juga membayarnya. "
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.


"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan
engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut...


_ Nenek oh nenek_

Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran)
teringin
nak
jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam
kepada neneknya.
Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis
semangkuk.
Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil
berkata, "Maaflah nek,
abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala
salesman
budak-budak
pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka
sangat bawakan nenek
coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la
coklatnya. Kacangnya nenek
tinggalkan kat mangkuk tu."


_ Kalau sampai Ipoh_

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada
pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini
cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya. .
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi
ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah
sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan.. !" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran
lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi
Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang
pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu
menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu... Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan.. .
"Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah..
mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"


_ Tiga kali je..._

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan
romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50
tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang
nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka,
susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita
tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik
bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya.
Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn
abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu
berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang
dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan
memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaiman a boleh terjadi 3 kali
tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang
ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang
beberapa
tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas
oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung
cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa
pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah
bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.. "

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan
maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si
suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak
pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si
suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa
doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa
bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan
maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana
sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan
Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang,
ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang
perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

No comments:

Post a Comment