Salam...Untuk kurangkan berat badan, kita perlu bijak..biasa nya orang selalu cakap, SAYA DIET, SAYA TAK MAKAN...hurm..salah attitude macam itu..kita perlu makan untuk memberi tenaga kepada badan kita di samping menjaga kadar metabolisme kita..supaya die dapat bakar kalori yang kita ambil dengan maksimum..Untuk menurunkan berat badan, kita perlu mengawal kalori yang diambil seharian (diet bijak) + senaman..InsyaAllah mmg akan nmpak hasil nya..Tips untuk menurun berat badan adalah seperti berikut..(saya juga dlm proses menurunkan barat badan), doakan semoga kita berjaya...Fokus saya 5 kg 5 minggu, seperti yang disarankan oleh Mr Kevin
- Mengira kalori
- Memilih separuh daripada hidangan
- Mengelakkan makanan bergoreng dan berlemak
- Mengambil nasi putih dpt menjimatkan kalori drpd mengambil nasi goreng
- Tambah pengambilan protein
- Tidak terlebih-lebih mengambil buah buahan kerana ia juga boleh menyumbang kalori yg tinggi
- Tiada ganjaran buat sementara waktu
- Makan snek/jajan yang berkhasiat
- Belajar menyesuaikan diri. Mesti biasakan lidah/tunas rasa untuk peruhan ini
- Minum susu rendah lemak
Senaman
- Untuk program 5kg 5minggu, sasaran mestilah spesifik - bakar lebih 550 kalori melalui senaman setiap hari!
- Meningkatkan aktiviti kardio seperti jogging, badminton, etc yang lazim nya 30 minit setiap sesi.
- Lakukan senaman yang menyoronokkan
- Mengenepikan semua alasan yang akan membantut proses diet dlm 5 minggu ni. Fokus kepada matlamat anda dan lakukan dengan komited!
Di sini di senaraikan 10 cara untuk menambahkan pengeluaran kalori tanpa bersenam
1. Naik turun tangga
2. Letakkan kenderaan jauh dan memaksa kita untuk berlajan jauh
3. Makan lebih kerap yang membolehkan badan mencerna dengan lebih aktif
4. Makan makanan pedas yang akan memanaskan badan dan akan membakar kalori badan
5. Hubungan kelamin( bg yg sudah berkahwin). Ia adalah senaman yang baik untuk membakar kalori.
6. Ketawa. Iaitu senaman yang paling senang ya ng akan mengurangkan stress dan membakar kalori
7. Kopi dan suplemen metabolisme
8. Bermain dengan anak/ anak sedara/kanak-kanak
9. Jalan ke pusat membeli-belah
10. Melakukan kerja rumah seperti memasak, basuh baju, mengelap, mengemas adlah salah satu cara bersenam juga.
Suplemen makanan? Adakah ia berfungsi. Sebenarnya, tidak ada suplemen yang memberi jaminan dapat menurunkan berat badan 5kg 5 minggu, Gabungan suplemen , senaman dan diet yang betul adalah kunci yang akan menurunkan berat badan kita. Tanpa salah satu, maka program diet yang dilakukan tidak akan berjaya.
Pada dasarnya, penurunan berat badan berlaku apabila anda bijak mengatur penurunan melalui senaman dan nutrisi yang betul. GUD LUCK U ALL
No comments:
Post a Comment