Suka berkongsi bercerita

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 3, 2013

Berhijrah

Salam..

Peringatan untuk diri..

1. Jangan mengungkit budi yang telah di tabur. Biarkan lah semua nya dengan ikhlas.

2. Berusaha menjadi seorang hamba yang bersyukur dan melakukan amal kebaikan. Jauhi perkara yang mendatangkan fitnah, jahi riak dan sombong. Bantu orang kesusahan. Walaupon pelbagai cabaran, hadapi dengan tabah dan tenang dengan berdoa pada Nya. Allah kan ada. Jangan hilang pertimbangan dan mengikut kata syaitan yang menyesatkan.

3. Mintalah pertolongan daripada Allah SWT kerana Dia yang mencipta kita yang Maha Kuasa dan Maha Penyayang buat hamba Nya. Minta lah apa sahaja dengan hati yang tenang dan redha. Jangan sesekali menyalahkan takdir kerana adalahkala nya kehidupan kita berada di atas dan ada yang di bawah. adakalanya kita bergembira dan adakala nya kita bersedih. Jangan berprasangsa buruk dan negatif. Kita yang membawa diri kita ke mana arah yang betul dan salah.

4. Banyakkan menimba ilmu dan mengamalkan nya supaya hidup lebih matang dan di Redhai.

5. Jangan bodoh sombong dan mengikut kehendak nafsu, fikir, FIKIR, FIKIR dulu sebelum berbicara . Jangan ikut nafsu ketika berbicara kerana itu bukan penyelesaian yang terbaik.

6. BERSABAR.

No comments:

Post a Comment