Salam...Hari ni bersamaan 2 Januari 2013.. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru semua..
Pejam celik pejam celik, sudah tahun 2013. Cepat terasa dengan masa yang kian berlalu. Sudahkah kita menggunakan masa yang di beri pinjam di dunia ini dengan banyak melakukan perkara kebaikan? Sesama kita muhasabah diri.
Bagi saya, bulan Januari adalah bulan bermakna untuk diri saya dari dulu sampai sekarang kerana saya akan melangkah ke dunia yang lebih matang dengan menyambut ulang tahun. So tahun ni sangat bermakna, bukan sahaja telah masuk umur 28 tahun. Saya juga akan bakal menjadi seorang ibu. In Syaa Allah pada bulan May nanti. Doakan kesihatan dan kesejahteraan saya dan sekeluarga dan semoga selalu mendapat keredhaan NYA. Aminn
Tahun 2013, DOA ku:
1. Semoga suami dapat bertukar ke Kuala Lumpur dan dapat hidup bersama kami sekeluarga dan lebih merasai nikmat sebuah keluarga.
2. Menuntut ilmu dan mengamalkan nya supaya menjadi isteri, ibu, anak perempuan, adik perempuan, kakak yang baik.
3. Berjaya dalam kerjaya samada sebagai Engineer dan agen insurans yang berjaya. Closed more cases.
4. Memiliki rumah sendir atau sewa dan dapat hidup ngan suami dan baby. Dapat hias rumah. Rumahku Syurgaku.
5. Bersifat pemaaf dan berprasangka baik terhadap sesuatu perkara.
6. Dapat menunaikan Umrah bersama keluarga.
7. Menjadi akauntan, doktor, polis, bomba, peguam, artis, cikgu, engineer, manager pada keluarga.
8. Mengeratkan silaturrahim sesama insan. Lebihkan snyum, kurangkan marah n emo.Semoga suami pon mengambil bahagian,Jangan buat isteri awal membebel. :)
9. Menjaga kesihatan diri, kesedaran membaca ilmiah.
10. Banyak buat amal, baca al Quran dan tafsir. Buat amalan wajib berpanjangan dan belajar melakukan perkara sunat.
11. Kurangkan tido dan rajinkan diri.
12. Selalu balik kampung samada Pasir Puteh atau Kemaman melawat keluarga.
13. Belajar memasak lauk pauk , kek, biskut.
14. Bijak mengajar anak dan semoga di beri kekuatan itu.
15. Jauhi mengumpat dan perfikiran negatif.
16. Sentiasa mahasabah diri, tabah
17. Diet untuk menurunkan berat badan.
18. Breastfeeding untuk baby selama 2 tahun.
19. Sentiasa menyokong suami selagi patuh pada ajaran agama.
20.BERMOTIVASI
Ameenn..Semoga berjaya NOOR FATIHAH BT MAT NAWI
No comments:
Post a Comment