Hari ni da 25.02.2013. sekejap je rasa, baru je tahun baru hari tu..huhu. Setiap hari Isnin, hati akan sayu, tingat kat suami. Selalu berjauhan. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami supaya dapat menjalani kehidupan keluarga bersama2. Semoga suamiku berjaya mendapat kerja baru dan berpindah ke Kuala Lumpur. Hari ni saya dah 27 minggu kehamilan, lebih kurang 3 bulan lagi dapat melihat kurniaan Ilahi, anak kami. Semoga baby sihat dalam perut mummy. Pejam celik pejam celik dah 6 bulan perkahwinan kami. Masih lagi ber 'PJJ'. Hanya Allah yang tahu perasaan ku ini. Ramai juga ada yang pernah merasai pengalaman seperti ini. Pahit manis ku telan dalam setiap dugaan yang menimpa.
Bulan 3 ni, InsyaAllah rumah yang kami ingin sewa akan siap. Lepas ni takde la penat2 setiap hujung minggu berpindah randah di hotel, rumah abng2 ku. Ya Allah, ku mohon pada Mu semoga setiap urusanku lancar. Aku bersyukur dengan nikmat dan rezeki dari MU.
Mummy & Daddy at De Palma Hotel Ampang |
Checkout... Now at 27 weeks. |
No comments:
Post a Comment