Suka berkongsi bercerita

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 27, 2013

23 weeks

Salam...

Alhamdulillah..Sekarang saya sudah 23 weeks in pregnancy . Next week (24 weeks) saya akan buat sugar test.. Ye lah. Berat badan naik almost 3 kg a week. Hope everything will be okay.  Sekarang ni saya dah mula rasa baby nye movement dalam perut ni. Saya juga banyak bercakap dengan dia dan selalu mendoakan dia menjadi anak soleh/solehah dan sihat walafiat. Mummy and daddy doakan baby selalu and we love you sayang. 

Saya sekarang sihat walafiat. Cuma kadang2 terasa jugak mudah penat dan semput. Malam hari sekarang ni malas sangat nak keluar rumah. Nak berehat je kat rumah. Misi saya nak selalu amal surah2 ibu mengandung supaya baby senang dilahirkan, cerdik, sihat, baik budi pekerti dan baik rupa paras..

 Until now we still don't know our baby's sex. Boy or girl. Apapun , kami sayang dia dan tak sabar nak pegang dia nanti. Baby adalag anugerah buat mummy and daddy.. XOXO 

Friday, January 18, 2013

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

Salam..

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat2 kerana di beri peluang oleh Allah SWT untuk mendapat semua kemuliaan dan kebaikan ini. Alhamdulillah. Semoga semasa mengandung ini, saya menjadi lebih tabah dan bersabar serta bersyukur. 

Friday, January 11, 2013

Dugaan bila hadapi tekanan

Salam..

Hari ni hari sabtu 12/01/13, bagi saya tamparan perasaan berlaku ke atas diri ku. Mungkin ini adalah ujian perasaan Allah nak uji ke atas diri ku semasa mengandung. Memang betul peribahas yang mengatakan kerana mulut badan binasa atau terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata, xboleh di undur lagi.

Recently diri ku begitu sensitif terhadap orang di sekeliling ku. Xkira la family ke, rakan sekerja atau kawan2. Orang kata pembawakan budak. Mulut ku begitu cepat untuk berkata2 Bila berlaku sesuatu. hari ni macam nak gadoh kot kat ofis. benda simple tapi salah faham. Tapi saya anggap benda ni positif. Jaga perasaan baby, kesihatan baby.

Thursday, January 3, 2013

Berhijrah

Salam..

Peringatan untuk diri..

1. Jangan mengungkit budi yang telah di tabur. Biarkan lah semua nya dengan ikhlas.

2. Berusaha menjadi seorang hamba yang bersyukur dan melakukan amal kebaikan. Jauhi perkara yang mendatangkan fitnah, jahi riak dan sombong. Bantu orang kesusahan. Walaupon pelbagai cabaran, hadapi dengan tabah dan tenang dengan berdoa pada Nya. Allah kan ada. Jangan hilang pertimbangan dan mengikut kata syaitan yang menyesatkan.

3. Mintalah pertolongan daripada Allah SWT kerana Dia yang mencipta kita yang Maha Kuasa dan Maha Penyayang buat hamba Nya. Minta lah apa sahaja dengan hati yang tenang dan redha. Jangan sesekali menyalahkan takdir kerana adalahkala nya kehidupan kita berada di atas dan ada yang di bawah. adakalanya kita bergembira dan adakala nya kita bersedih. Jangan berprasangsa buruk dan negatif. Kita yang membawa diri kita ke mana arah yang betul dan salah.

4. Banyakkan menimba ilmu dan mengamalkan nya supaya hidup lebih matang dan di Redhai.

5. Jangan bodoh sombong dan mengikut kehendak nafsu, fikir, FIKIR, FIKIR dulu sebelum berbicara . Jangan ikut nafsu ketika berbicara kerana itu bukan penyelesaian yang terbaik.

6. BERSABAR.

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Salam...Hari ni bersamaan 2 Januari 2013.. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru semua..

Pejam celik pejam celik, sudah tahun 2013. Cepat terasa dengan masa yang kian berlalu. Sudahkah kita menggunakan masa yang di beri pinjam di dunia ini dengan banyak melakukan perkara kebaikan? Sesama kita muhasabah diri.

Bagi saya, bulan Januari adalah bulan bermakna untuk diri saya dari dulu sampai sekarang kerana saya akan melangkah ke dunia yang lebih matang dengan menyambut ulang tahun. So tahun ni sangat bermakna, bukan sahaja telah masuk umur 28 tahun. Saya juga akan bakal menjadi seorang ibu. In Syaa Allah pada bulan May nanti. Doakan kesihatan dan kesejahteraan saya dan sekeluarga dan semoga selalu mendapat keredhaan NYA. Aminn

Tahun 2013, DOA ku:
1. Semoga suami dapat bertukar ke Kuala Lumpur dan dapat hidup bersama kami sekeluarga dan lebih merasai nikmat sebuah keluarga.
2. Menuntut ilmu dan mengamalkan nya supaya menjadi isteri, ibu, anak perempuan, adik perempuan, kakak yang baik.
3. Berjaya dalam kerjaya samada sebagai Engineer dan agen insurans yang berjaya. Closed more cases.
4. Memiliki rumah sendir atau sewa dan dapat hidup ngan suami dan baby. Dapat hias rumah. Rumahku Syurgaku.
5. Bersifat pemaaf dan berprasangka baik terhadap sesuatu perkara.
6. Dapat menunaikan Umrah bersama keluarga.
7. Menjadi akauntan, doktor, polis, bomba, peguam, artis, cikgu, engineer, manager pada keluarga.
8. Mengeratkan silaturrahim sesama insan. Lebihkan snyum, kurangkan marah n emo.Semoga suami pon mengambil bahagian,Jangan buat isteri awal membebel. :)
9. Menjaga kesihatan diri, kesedaran membaca ilmiah.
10. Banyak buat amal, baca al Quran dan tafsir. Buat amalan wajib berpanjangan dan belajar melakukan perkara sunat.
11. Kurangkan tido dan rajinkan diri.
12. Selalu balik kampung samada Pasir Puteh atau Kemaman melawat keluarga.
13. Belajar memasak lauk pauk , kek, biskut.
14. Bijak mengajar anak dan semoga di beri kekuatan itu.
15. Jauhi mengumpat dan perfikiran negatif.
16. Sentiasa mahasabah diri, tabah
17. Diet untuk menurunkan berat badan.
18. Breastfeeding untuk baby selama 2 tahun.
19. Sentiasa menyokong suami selagi patuh pada ajaran agama.
20.BERMOTIVASI

Ameenn..Semoga berjaya NOOR FATIHAH BT MAT NAWI